Teori pelanggaran
Teori perlanggaran adalah satu teori yang dicadangkan oleh Max Trautz (1916) dan William Lewis(1918), yang menerangkan bagaimana tindak balas kimia berlaku dan mengapa kadar tindak balas berbeza bagi tindak balas yang lain.
Apabila sesuatu reaktan bertindakbalas, akan berlaku perlanggaran zarah-zarah semasa proses tersebut. Sekiranya zarah-zarah berlanggar pada orientasi (posisi) yang betul dan juga dengan nilai magnitud yang betul, maka ini kita panggil sebagai Perlanggaran Berkesan.
Namun, harus diingat. Tidak semua perlanggaran yang berlaku semasa tindak balas adalah perlanggaran berkesan!
Perlanggaran yang berkesan mempunyai tenaga yang cukup, juga dikenali sebagai tenaga pengaktifanuntuk mengatasi daya tarikan antara ikatan dan membentuk ikatan baru.
Ini bermakna, jika semakin kerap berlakunya perlanggaran, akan semakin keraplah juga berlakunya perlanggaran berkesan. Apabila semakin kerap perlanggaran berkesan, maka semakin tinggilah kadar tindakbalas.
No comments:
Post a Comment