Sunday, 8 May 2016

Teori pelanggaran

Teori perlanggaran adalah satu teori yang dicadangkan oleh Max Trautz (1916) dan William Lewis(1918), yang menerangkan bagaimana tindak balas kimia berlaku dan mengapa kadar tindak balas berbeza bagi tindak balas yang lain.
Apabila sesuatu reaktan bertindakbalas, akan berlaku perlanggaran zarah-zarah semasa proses tersebut. Sekiranya zarah-zarah berlanggar pada orientasi (posisi) yang betul dan juga dengan nilai magnitud yang betul, maka ini kita panggil sebagai Perlanggaran Berkesan.
Namun, harus diingat. Tidak semua perlanggaran yang berlaku semasa tindak balas adalah perlanggaran berkesan!
Perlanggaran yang berkesan mempunyai tenaga yang cukup, juga dikenali sebagai tenaga pengaktifanuntuk mengatasi daya tarikan antara ikatan dan membentuk ikatan baru.
Ini bermakna, jika semakin kerap berlakunya perlanggaran, akan semakin keraplah juga berlakunya perlanggaran berkesan. Apabila semakin kerap perlanggaran berkesan, maka semakin tinggilah kadar tindakbalas.
 Kadar tindak balas kimia mengikut Teori Perlanggaran (Collision Theory)
Contoh soalan kadar tindak balas.

1.Apakah yang akan terjadi jika kepekatan salah satu bahan tindak balas semakin tinggi.

A. Pertambahan bilangan pelanggaran.
B. Bahan menjadi cair.
C. Bahan tidak aktif.
D.Kekurangan bilangan pelanggaran.



2.Sebatian karbon dikelaskan kepada:

  • ..........................................
  • ..........................................




3.Ciri-ciri mangkin

i.Tidak memberi kesan kepada jumlah hasil yang diperolehi.
ii.Hanya sebilangan kecil mangkin yang diperlukan.
iii.Tidak boleh mengubah kadar tindak balas kimia.
iv.Ciri-ciri kimia berubah pada akhir tindak balas.

A.ii dan iii
B.i dan iv
C.i dan ii
D.iii dan iv





4.Tekanan hanya mempengaruhi kadar tindak balas yang melibatkan:

A.Suhu
B.Geseran
C.Permukaan
D.Gas.


Jawapan
  1. A
  2. Sebatian organik dan Sebatian tak organik
  3. C
  4. D
Mangkin

Mangkin adalah sejenis bahan yang mampu mempercepatkan kadar tindak balas tetapi bahan tersebut tidak akan berubah di akhir kajian tindak balas dilakukan,

Ciri-ciri mangkin:
  • Tidak berubah secara kimia.
  • Diperlukan dalam kuantiti yang sedikit.
  • Tidak mengubah kuantiti hasil tindak balas.
  • Boleh musnah jika kehadiran bendasing.
  • Kehadiran penggalak akan meningkatkan kereaktifan.
  • Tindakan spesifik.  

Monday, 2 May 2016

KESAN SUHU

  1. Apabila suhu bertambah,lebih banyak zarah memperolehi tenaga kinetik yang tinggi
  2. Oleh itu,kadar tindak balas antara zarah menjadi lebih tinggi.

    
Graf di atas menunjukkan kesan suhu ke atas kadar tindak baas bagi tindak balas karbonat dan asid hidroklorik.





CONTOH FAKTOR YANG MEMPENGARUHI KADAR TINDAK BALAS DALAM KEHIDUPAN SEHARIAN

Pendidihan air.
                              Menggoreng.
Penyimpanan makanan